Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

BONGAI

Bongai adalah muzik yang tidak asing lagi di Negeri Sembilan; boleh dikategorikan sebagai lagu tradisi untuk masyarakat negeri tersebut khasnya. Muzik ini amat popular dalam majlis keramaian yang melibatkan perkahwinan. 

Perkataan Bongai dicipta daripada dua perkataan iaitu perkataan “Bong” bermaksud “seseorang yang dihormati”, dan perkataan “Aye” bermaksud “saya". 

Nyanyian Bongai selalu dipersembahkan dalam bentuk berbalas pantun dinyanyikan secara solo, berduet atau kumpulan. Antara lagu yang popular ialah Cantik Manis, Kapeh, Irama Budu Landai, Donak Donai dan Anak Bocek. 

Alat muzik yang selalu mengiringi persembahan muzik ini ialah caklempong, akordian, gong, rebana dan tiupan serunai atau salung.


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan
Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-767 6793/763 6308
Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768