Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

DIKIR REBANA

Dikir Rebana merupakan muzik tradisional Negeri Sembilan yang sangat popular di daerah Rembau. Bentuk persembahan dikir rebana adalah dengan nyanyian beramai-ramai dan diirringi oleh alat muzik gendang yang dipanggil rebana dengan pukulan bertingkah. Senikata asal dikir ini adalah dalam Bahasa Arab yang mengambarkan pujian terhadap Nabi dan Rasul. Kini, senikata telah digubah dalam Bahasa Melayu. Dikir rebana ini dimainkan semasa upacara adat istiadat negeri serta mengarak pengantin dalam majlis perkahwinan. Dikir rebana ini dipersembahkan dengan dua cara.

 

      i.        Pertama: Bermain sambil duduk. Ianya dimainkan ketika waktu meraikan pengantin dan Majlis berkhatan.

 

     ii.        Kedua: Bermain ketika berarak. Bermain ketika berarak dilakukan ketika mengiringi pengantin atau pembesar-pembesar negara.


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan
Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-767 6793/763 6308
Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768