Tarian Piring dipersembahkan dalam majlis perkahwinan. Tarian ini
memiliki gerak tari yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam,
membuat kerja menuai, dan sebagainya. Gerak-gerak tari ini melambangkan rasa
gembira dan syukur para petani atas hasil tanaman yang menjadi.
Para penari lelaki dan perempuan menari dengan meletakkan sebuah piring masing-masing di atas kedua-dua telapak tangan. Bagi menambah unsur-unsur estetika dalam persembahan, para penari memijak kepingan piring-piring pecah sambil menari.
Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus