Tarian ini berasaskan lagu yang dicipta oleh seorang pencipta lagu yang bernama Cik Lang, berasal dari Kampung Bukit Kecik, Padang Siding, Perlis. Beliau mencipta lagu tersebut ketika mendodoi anak dalam buaian. Lagu ini dihasilkan ketika negeri Perlis di bawah pemerintahan Siam. Cik Lang juga merupakan salah seorang penggiat kumpulan gendang Terinai dan lagu ini sering dimainkan dalam persembahan muzik gendang Terinai. Disamping lagu Cik Lang, beliau juga mencipta lagu Cik Minah Sayang. Lagu ini diambil sempena nama isteri beliau yang bernama Cik Minah. Tarian Cik Lang berunsur jenaka dan gurauan. Jika tarian Ayam Didik gerak tarinya menabur padi kepada ayam tetapi tarian ini gerak tarinya mengetam padi. Sesuatu yang menarik ketika berakhirnya tarian ini, penari perempuan akan menarik telinga lelaki sehingga duduk di tempat semula.
Kompleks JKKN,Perlis,
Persiaran Wawasan Kangar,
01000 Kangar,
Perlis.
Tel : 04-979 3604