Jangek merujuk kepada masakan yang berasaskan kulit lembu terutama di bahagian tengkuk dan kaki. Cara menyediakannya ialah kulit lembu dibakar kemudian dikikis sehingga bersih. Selepas itu salai hingga kering. Sebelum dimasak rendam terlebih dahulu untuk melembutkan tekstur kulit berkenaan.
Bahan masakan ialah lada api, kunyit hidup dan bawang merah yang dikisar halus serta serai yang dititik. Campurkan Jangek dengan bahan kisar, santan pekat dan serai dan masak sehingga kuahnya pekat kemudian dihidangkan.
Kompleks JKKN Negeri Sembilan,
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 06-767 6793 Fax : 06-763 4417