Penganan,
atau lebih dikenali sebagai Dodol, sering menjadi juadah utama pada musim perayaan.
Makanan tradisi ini dihasilkan daripada campuran santan kelapa, tepung pulut,
gula kabung, dan gula merah atau gula pasir.
Panaskan
periuk dengan api perlahan. Masukkan santan dan kacau perlahan secara
berterusan. Kemudian masukkan tepung pulut dan kacau. Seterusnya masukkan gula kabung
dan gula merah atau gula pasir mengikut citarasa sendiri. Kacau berterusan sehingga
pekat dan masak.
Kompleks JKKN Negeri Sembilan,
Jalan Sungai Ujong,
70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : 06-767 6793 Fax : 06-763 4417