Nazam di Melaka bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam pada ketika itu yang diamalkan oleh para ulama untuk berdakwah di Melaka. Ia juga digunakan oleh para pedagang untuk memahami budaya masyarakat orang Islam pada ketika itu. Di Melaka, Nazam terbahagi kepada dua lagu iaitu Serkam dan Tanjung. Perbezaan antara kedua-dua Nazam ini boleh dilihat daripada segi cara penyampaian. Dalam unsur nazam kontemporari masa kini, persembahan nazam diiringi dengan alat-alat muzik seperti gedombak, sitar, gambus, tabla, kompang, rebana, gong, tamborin dan alat-alat yang lain bersesuaian dengan irama muzik berunsurkan keislaman.
Kumpulan Nazam Kg Pulau,
KM 17, Kg Pulau Durian Tunggal,
76100 Melaka.
Tel : 06-5531319/016-6196771