Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIAN PORTUGIS

Melaka adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai penempatan khusus masyarakat Eurasia berketurunan Portugis iaitu di Perkampungan Portugis, Ujung Pasir Melaka. Pada ketika dahulu, kebanyakan masyarakat ini bekerja sebagai nelayan di sekitar pinggir laut Selat Melaka. Selain daripada itu masyarakat Portugis Melaka juga mewarisi tradisi, bahasa, adat resam dan seni budaya yang unik. Bahasa yang digunakan adalah bahasa "Cristang atau Cristao" dan menganut agama katolik. Kedatangan Portugis ke Melaka turut membawa pengaruh seni tari joget "Branyo dan Farapeirra" yang popular di kalangan masyarakat Portugis ke dalam masyarakat tempatan di Melaka. Selain daripada dua tarian tersebut, masyarakat Portugis juga mempunyai beberapa lagi tarian joget dan lagu yang sinonim sehingga kini seperti Tiyanika, Jinkling Nona, Bong-bong Fila, Sarampa (Golek-golek) and Serampang Laut. Tarian-tarian ini masih diteruskan sehingga kini terutamanya ketika majlis-majlis keramaian termasuk perayaan seperti Krismas, Pesta San Pedro dan Easter.


Puan Marina Linda Danker

Dom Marina,

No. 8, Jalan D’albuquerque,

Portuguese Settlement,

75050 Melaka. 

Tel : 06- 2848720/019-6632422/019-6627566 


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768