Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIAN TRADISIONAL CINA

Tarian Bunga
Tarian ini adalah untuk merayakan keamanan dan kegembiraan dunia. Seperti tarian-tarian yang lain, tarian ini dipersembahkan oleh wanita-wanita dengan lemah lembut. Pergerakan tarian in menggambarkan wanita cantik bergerak dengan aman, kasih sayang dan harmoni. Tarian ini mencerminkan jiwa yang penyayang dan bersemangat. Ia juga sebagai bukti secara simbolik menyatakan penyerahan bunga kepada rakyat yang berada dalam keadaan kegembiraan. Terdapat saranan bahawa ianya harus dimiliki oleh seluruh dunia.


Tarian Bunga Teratai
Tarian ini diilhamkan daripada lukisan dinding yang terdapat di Wilayah Don Huang di negeri China. Ia memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di tepi sebuah kolam teratai yang merupakan identiti kebudayaan Cina. Penari mempersembahkan dalam suasana riang ria seperti di zaman dahulu.

Tarian Payung
Tarian Payung merupakan tarian yang popular sejak Dinasti Han lagi. Tarian ini berasal dari sebuah daerah di negeri China yang terkenal dengan industri pembuatan payung. Tarian ini dipersembahkan di kampung-kampung. Persembahan tarian payung agak rancak kerana ia menggambarkan keindahan dan kegembiraan.

Tarian Cinta Bertemu
Tarian ini menggambarkan gerakan penuh gemalai dan dihiasi dengan cinta, kerinduan dan keinginan. Ia menggambarkan seorang wanita muda dalam perjalanan menemui kekasihnya. Bagi menandakan perasaan kasih sayang dan mengambil berat terhadap seseorang yang dicintainya, wanita tersebut membawa seekor ayam, seekor itik, udang, ketam dan sebiji tembikai yang besar. Walau bagaimanapun ingatan manis terhadap orang yang dicintai tiba-tiba diganggu oleh bunyi guruh yang kuat menyebabkan ia terjengket-jengket dan semua hadiah yang dibawanya jatuh satu persatu ke tanah. Mengenangkan nasib yang malang, si gadis menyalahkan kekasihnya yang menyebabkan kemalangan tersebut.

Puan Chan Geok Yong

Persatuan Chinwoo Melaka,
No.17, Jalan Bsj1,
Taman Bukit Serindit,
75400 Melaka.

Tel : 012-6360700 (Puan Chan Geok Yong)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768