Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

INANG TUA

Tarian ini seperti tarian Mak Inang, tetapi mempunyai kelainan yang tersendiri iaitu hasil kreatif penciptanya sehingga menjadi sebuah tarian asli bagi negeri Perlis. Tarian ini merupakan satu tarian yang begitu popular pada suatu masa dahulu sehingga dianggap sebagai tarian rakyat. Persembahannya dilakukan di atas pentas yang didirikan di dalam kampung atau di tengah sawah. Tarian ini ditarikan bersama dengan tarian rakyat yang lain, lazimnya dipersembahkan selepas musim menuai padi atau dalam majlis-majlis perkahwinan. Tarian dimulakan dengan variasi tangan di depan dan berpusing ke kiri dan kanan, tangan ke atas mengambil balik lalu depa ke hadapan. Ianya dilakukan berulang kali dan lazimnya dimulakan dengan tarian silat beberapa langkah kemudian melakukan variasi tadi. Setelah itu penari menarik kain panjang penari perempuan dan meletakkan ke atas bahu sambil terus menari serta bangun. Sesuatu yang menarik dalam tarian ini adalah penari lelaki 'mengacan' atau bergurau dengan penari perempuan secara 'menyalauk' (menghulur) tangan ke arah penari perempuan, manakala penari perempuan pula menepis tangan penari lelaki. Begitulah berulang-ulang kali dilakukan oleh tiap-tiap pasangan penari tersebut. Satu variasi lagi yang dilakukan oleh penari lelaki ialah duduk sambil melompat katak kemudian dituruti oleh penari perempuan. Setelah itu penari bangun dan menari semula seperti variasi pertama sehinggalah tarian tersebut ditamatkan.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis

Kompleks JKKN Perlis,
Persiaran Wawasan Kangar 01000 Kangar,
Perlis.
Tel : 04-979 3604

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768