Temasya Mandi Safar yang popular sehingga sekitar awal tahun 1970an mempengaruhi kemunculan Joget Lambak dalam kalangan masyarakat Melayu Melaka. Aktiviti berjoget lambak ini diadakan ketika bersuka ria semasa temasya tersebut pada setiap bulan Safar dalam kalendar Islam. Joget yang bererti menari atau bertandak merupakan salah satu genre tarian rakyat dalam kebudayaan Melayu. Joget dan Irama Dondang Sayang di Melaka bagaikan satu kemestian dalam majlis keramaian.
Cak Kun Cak adalah istilah orang Melaka bagi Joget Lambak. Tarian ini ditarikan secara berpasangan atau berkumpulan dalam pergerakan bebas. Joget ini sangat dikenali di Tanjung Keling, Melaka kerana kawasan ini adalah salah satu tempat yang popular satu ketika dahulu dengan aktiviti Mandi Safar yang dijalankan sepanjang hari Rabu kedua pada bulan Safar.
Oleh
kerana Mandi Safar telah diharamkan kerana membawa kepada perkara bida’ah,
Joget Lambak masih kekal sehingga ke hari ini, dan kini biasanya diadakan
semasa majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan, sebagai melahirkan rasa
kegembiraan atau untuk hiburan semata-mata. Joget Cak Kun Cak merupakan olahan allahyarham Abdul Razin bin Ahmad.
Kompleks JKKN Melaka
Lebuh Ayer Keroh,
75450 Melaka.
Tel : 03-233 1790/1787