Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

OPERA (BANGSAWAN CINA)

Teater Cina Tradisional atau Opera Cina juga turut dikenali sebagai Opera Beijing dan juga Opera Peking merupakan satu seni persembahan tradisional masyarakat Cina yang menggabungkan muzik, tarian, nyanyian dan akrobatik. Ia dipercayai wujud di Tanah Melayu semasa pendudukan Inggeris sekitar kurun ke-16 sebagai satu bentuk hiburan bagi mengisi masa lapang. Penceritaan Opera Cina adalah berkisarkan kegagahan para pahlawan dan juga golongan bangsawan. Kebanyakan kisah Opera Cina diambil dari zaman Dinasti Song Selatan dan antara kisah yang popular ialah Tasik Biru dan Hang Zhaou. Keunikan Opera Cina adalah pada pakaian dan solekan pelakon yang kelihatan seolah-oleh patung yang sangat cantik dan comel. Setiap pelakon akan disolek dengan bedak putih yang tebal dan juga bedak merah sebagai solekan mata dan pipi. Solekan ini akan menghidupkan lagi watak serta menyerlahkan lagi ekspresi pelakon semasa mengadakan persembahan.


Encik Cheong Kwong Kuen

Deh Yee Stage Professional,
B10, G2.5, Jalan Rahmat 5, Malim Jaya,
75250 Melaka.

Tel : 06-3342615/019-9319433 

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768