Masyarakat Baba dan Nyonya sememangnya terkenal dengan makanan tradisionalnya yang biasanya berasaskan masakan masyarakat Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Masakan-masakan ini disajikan semasa musim perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, hari lahir atau majlis perkahwinan.
Jenis-jenis masakan adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan, sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk, itik siohi iaitu daging itik yang disalut dengan rempah, dan juga acar nyonya dan nasi lemak. Kuih-muihnya pula seperti kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam.
Kompleks JKKN Melaka,
Lebuh Ayer Keroh,
75450, Melaka.
Tel : 06-233 1790 Fax : 06-233 1784