Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

KEMPLINGAN

Muzik Kemplingan diwarisi daripada masyarakat etnik Jawa di Johor. Kawasan yang terdapat kumpulan muzik ini kebanyakannya di Daerah-Daerah Batu Pahat dan Muar, Johor. Kemplingan sering diadakan untuk memeriahkan majlis keagamaan seperti majlis-majlis kesyukuran, perkahwinan, potong jambul dan berkhatan, juga untuk mengiringi perarakan pengantin.

 

Muzik ini adalah sejenis permainan gendarang mengiringi bacaan rawi dalam acara berzanji sama ada bacaannya dalam bahasa Arab (seperti dalam berzanji), bahasa Melayu (terjemahan) atau bahasa Jawa.

 

Asasnya peralatan Kemplingan terdiri daripada sebuah gendang, sebuah jidur dan empat buah kempling yang berlainan nada; ada yang menamakannya kempling, tempong, kempol dan piong. Namun kini peralatan sudah bertambah dengan sepasang marakas dan sebuah tamborin hingga menjadikan muzik Kemplingan lebih rancak dan menarik.

 

Rangka alat Kemplingan diperbuat daripada pangkal batang-batang kelapa, cempedak, leban atau durian mengikut kesesuaian. Pemainnya terdiri daripada 10 hingga 20 orang atau lebih dengan sebahagiannya adalah juga pembaca rawi atau nazam berzanji. 

Tuan Haji Wahid Mohd Rebin

Perkemplingan Parit Kassan,
84800 Bukit Gambir, Ledang,
Darul Takzim atau
Tel : 06-976 3908 / 017-699 7512

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768