Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

MADUPPA BUSARAK

Tarian Maduppa Busarak adalah salah satu tarian etnik Bugis di Daerah Pontian, Johor, yang berasal dari Indonesia. Tarian ini adalah tari ‘selamat datang’ menyambut tetamu dan menjamu mereka. Makanan untuk tetamu diletakkan di atas talam ditutup dengan tudung saji kecil yang dipanggil ‘Busarak’. ‘Maduppa’ pula bermaksud ‘menjemput’ atau ‘mempersilakan’. Baju untuk kostum tarian ini dikenali sebagai ‘Baju Bodo’ atau ‘Takko’ yang berwarna-warni, dipadankan dengan kain sutera lipat. Pengasas tarian ini adalah Hajah Indok Chichuk Daing Hadadek yang menetap di Kampung Sungai Kuali Kukup, Pontian, Johor.


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor

Aras 6 Kiri, Wisma PERKESO,
No. 26, Jalan Susur 5 Off Jalan Tun Abdul Razak,
Larkin, 80200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

Tel: +607-224 8270

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768