Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

ZAPIN TANJUNG LABUH

Tarian Zapin Tanjung Labuh terdapat di Kampung Tanjung Labuh, Batu Pahat, Johor. Gaya persembahan tarian ini berbeza kerana ditarikan oleh penari wanita sahaja yang memperlihatkan gerak kaki dan langkah gantung yang lebih halus dan tertib.

 

Tarian ini mempunyai empat ragam utama iaitu ‘Langkah Satu’, ‘Langkah Dua’, ‘Langkah Tiga’ dan ‘Langkah Empat’. Perbezaan yang ketara pada tarian ini ialah gerak tangan pada paras pinggang manakala untuk tarian Zapin Kores gerak tangan dihayun lebih tinggi pada paras bahu.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor

Aras 6 Kiri, Wisma PERKESO,
No. 26, Jalan Susur 5 Off Jalan Tun Abdul Razak,
Larkin, 80200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768