Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIAN CERACAP INAI

Tarian Ceracap Inai adalah tarian istana berasal dari Istana Sultan Melaka. Bermula daripada berundurnya Sultan Melaka apabila diserang angkatan tentera Portugis dan Belanda, Baginda dan angkatannya berundur melalui Sungai Muar yang, pada ketika itu, adalah sempadan tanah jajahan takluk negeri Melaka dengan negeri Johor, lalu bersemayam berhampiran penempatan di pesisiran Sungai Muar.

 

Tarian ini mempunyai unsur-unsur pengaruh India dan ditarikan di istana oleh dayang-dayang istana di hadapan sultan dan pembesar-pembesar negeri pada majlis-majlis keramaian. Sebab itu tarian ini ada segmen “menyembah” yakni sembah ampun sebelum ianya dimulakan. Nyalaan api dalam tarian ini juga membawa erti ‘menerangi’ dan ‘membawa kebahagiaan’. 

Kumpulan Ceracap Inai, Kampung Lenga

Puan Rashidah Rabu

Kumpulan Ceracap Inai, Kampung Lenga,
Kampung Baharu Melayu,
Batu 28, Lenga, Muar,
Johor Darul Takzim

Tel : 013-694 1249

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768