Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

WAYANG KULIT PORWO

Wayang Kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil daripada patung yang diperbuat daripada belulang sama ada sejenis kulit lembu atau kulit kambing. Terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asalnya. Ia berkembang di Jawa dan di sebelah timur Semenanjung Malaysia. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narrator diolog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir iaitu layar yang diperbuat daripada kain putih, sementara dibelakangnya pula disuluhkan lampu elektrik atau lampu minyak (dia), sehingga para penonton yang berada di sebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada di kelir.

Kumpulan Sri Wahyuni

Kampung Parit Bingan,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

Tel : 012-7677385 (Encik Mohamad Haji Marji)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768