Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

HAMDOLOK

Hamdolok atau Masadeka adalah salah satu daripada kesenian Melayu yang kurang dikenali ramai. Ia adalah kesenian yang mempunyai nilai gabungan daripada kesenian Timur Tengah dan tempatan. Persembahan Hamdolok terdiri daripada unsur-unsur nyanyian, tarian dan muzik. Ia diasaskan oleh Encik Rahmat atau lebih dikenali sebagai Pak Rahmat Wayang yang mendapat ilham daripada penceritaan Tuan Haji Osman Jahit berkenaan dengan adat kaum Badwi menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW di Mekah. Menurut cerita beliau, kaum Badwi akan berkumpul beramai-ramai kemudian bearak sambil membawa tongkat. Ketika berjalan, mereka akan menyanyi, menari sambil melonjak-lonjak. Tongkat yang mereka bawa itu dipukulkan pada apa sahaja benda yang mereka temui yang boleh menghasilkan bunyi. Hamdolok juga biasanya diiringi alat muzik lain seperti pukulan gendang dan sebagainya.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor

Aras 6 Kiri,Wisma PERKESO
No. 26, Jalan Susur 5 Off Jalan Tun Abdul Razak
Larkin,80200 Johor Bahru
Johor Darul Takzim

Tel : 07-224 8270/223 1249

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768