Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

ADAT RESAM AMONG/MAJLIS KESYUKURAN

Among-Among adalah upacara kesyukuran masyarakat Jawa yang berkait rapat dengan bayi. Upacara ini diadakan sejurus bayi selamat dilahirkan, ketika usia bayi 36 hari, dan ketika bayi dalam lingkungan usia 8 bulan bagi majlis pijak/jejak tanah. Ada juga mengadakan upacara ini setiap tahun bermula bila bayi dilahirkan sehinggalah bayi tersebut fasih bercakap.

Selepas setahun kelahiran, bayi menjalani upacara pijak tanah dan biasanya bayi yang diraikan dijamu dengan hidangan Ayam Ingkung menggunakan ayam jantan yang tidak terlalu tua dipanggil ayam lancor. Si anak diberi bahagian paha ayam berkenaan.

Para tetamu disajikan dengan Nasi Keluban dihidangkan di dalam dulang.Keluban terdiri daripada campuran sayuran seperti daun pucuk ubi, tauge atau capar, kacang panjang dan kerabu kelapa. Si anak yang diraikan pula disajikan dengan hidangan tradisi wajib Bubur Abang yang melambangkan kesyukuran, diperbuat daripada beras biasa atau beras pulut yang dimasak sehingga lembut dan diwarnakan merah.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor
Wisma Perkeso, Aras 6 Kiri,
No.26, Jalan Susur 5,
Off Jalan Tun Abdul Razak,
80200 Larkin, Johor Bahru, Johor.
Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768