Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

GENDANG PAHANG

Negeri Pahang adalah yang terbesar di Semenanjung Malaysia daripada segi keluasannya dan terkenal dengan kekayaan khazanah kepelbagaian adat resam dan budayanya. Antaranya ialah seni persembahan Gendang Pahang yang dipengaruhi unsur-unsur Islam yang mendalam. Muzik ini dikatakan dibawa oleh Dato’ Purba Jelai dan penyebarannya dilakukan oleh tiga generasi.

 

Gendang Pahang mempunyai lagunya yang tersendiri iaitu Bujang Hilir. Muzik ini dimulakan dengan rentak pembukaan dan diakhiri dengan rentak ‘membunuh’ atau ‘rentak mati’, di samping rentak-rentak yang lain.

 

Gendang Pahang ini mempunyai 4 jenis paluan iaitu Gendang Silat, Gendang Kosong, Gendang Seloka dan Gendang Poyang. Antara Paluan Gendang Pahang yang biasa dimainkan adalah:

 

i)     Bujang Hilir - Dikatakan berasal dari Bukit Betong, Kuala Lipis dan dikatakan tiada lagi di Lipis disebab sejarahnya dan dijumpai di daerah Maran pada tahun 1900.

 

ii)    Raja Berangkat - Raja berangkat ini versi lagu dari Semantan dan digunakan semasa Raja berangkat ke Kampung-Kampung. Lagu ini merupakan lagu iringan menyambut Raja Pahang.

 

iii)    Sama Deras - Lagu gendang silat ini berasal dari Semantan dan terdapat bukti bertulis ianya dimainkan dari tahun 1863. Paluan gendang ini juga juga digelar gendang suluk atau gendang pertapaan.

 

iv)   Lenggang Janda - Paluan ini berasal dari Semantan. Kalau di Chenor namanya paluan ini dipanggil Janda Numbok dan kalau di Mela paluan ini dipanggil Janda Cari Kayu Api.

 

Gendang Pahang dimainkan ketika majlis-majlis perkahwinan dan adat istiadat istana serta untuk mengiringi persembahan seni silat dan Tarian Inai. Alat muziknya ialah gendang anak, gendang ibu dan gong. Muzik ini juga tidak terhad dimainkan oleh golongan lelaki sahaja kerana wanita juga terlibat dalam kesenian ini.

Persatuan Seni Tradisi Gendang Pahang

Muhamad bin Mohd Yunus (Tok Mat Gendang)

Persatuan Seni Tradisi Gendang Pahang

d/a Majlis Daerah Jerantut,

27000 Jerantut, Pahang Darul Makmur

Tel : 010-444 7191 

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768