Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

GAMELAN

Muzik Gamelan Melayu sememangnya sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu. Seni muzik ini dikatakan lahir di Pulau Jawa, Indonesia. Gamelan Melayu mula bertapak di Istana Pahang pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Sultan Muadzam Shah. Sepanjang perkembangannya lebih 60 buah lagu telah dicipta tetapi hampir separuh daripadanya dikatakan lenyap begitu sahaja. Daripada 30 buah lagu yang masih tinggal hanya 12 lagu sahaja yang selalu dimainkan sehingga kini.

 

Muzik Gamelan biasanya dimainkan pada majlis-majlis rasmi atau santai di istana, terutama lagu Joget Pahang. Pemuzik membabitkan sembilan lelaki dan enam penari wanita. Alatan muziknya ialah gong agong, gong sawokan, gendang ibu, gendang anak, saron pekin, saron baron I dan saron baron II, gambang serta kenong.


Penciptaan lagu Gamelan pula perpandukan pada rekaan tarian yang dicipta dikala itu. Alat muzik semuanya dimainkan secara “gamel” (perkataan jawa) yang membawa maksud pukul, tukul dan palu. Dari perkataan “gamel inilah akhirnya dipanggil “gamelan”. Manakala essemble alat muzik gamelan terdiri dari:-

 

i. Bonang  -  Merupakan alat terpenting gamelan dimana ianya berfungsi dan penamat lagu serta sebagai melodi lagu. Dimainkan secara bersilang antara    baris depan dan baris belakang menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut tali.

 

ii. Kenong -  Menyerupai gong tetapi lebih nipis, bulat dan kecil berbanding gong. Alat ini diletak di atas tali yang diikat pada kotak kayu. Alat pengetuk sama dengan pengetuk  bonang.             

 

 

iii. Gambang - Merupakan alat muzik yang diperbuat dari kayu keras, mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza ketebalan dan sebagai penentu kelainan notasi. Ianya dimainkan menggunakan 2 bilah pengetuk dipanggil “Mallet”, cara ketuknya menggunakan kedua-dua belah tangan secara serentak.

                    

iv. Saron     - Saron terdiri daripada bilah-bilah di atas tapak kayu. Dimainkan menggunakan pengetuk yang berupa tukul. Terdapat 3 jenis saron iaitu: 


a. Saron Demong 

b. Saron Penerus  

c. Saron Peking 

 

v. Gendang - Merupakan alat yang penting dalam setiap persembahan gamelan yang berfungsi menjaga tempo lagu. Dipalu menggunakan kedua belah tangan. Terdapat 2 kategori gendang iaitu:


a. Gendang Ibu

b. Gendang Anak

 

vi. Gong   -   Berperanan sebagai tulang belakang dalam persembahan Gamelan. Terdapat 2 jenis gong iaitu: 


a. Gong Ratu

b. Gong Agong



Pada tahun 1973 alat muzik gamelan yang dibawa ke Terengganu dipulangkan semula ke negeri Pahang melalui pembelian kembali oleh Kerajaan Negeri Pahang dan diserahkan penjagaan kepada Muzium Sultan Abu Bakar yang terletak di Pekan, Pahang sehingga hari ini. Kini, irama gamelan masih terus berkumandang tetapi sekadar mengisi ruang pada majlis-majlis rasmi sahaja. 

Badarzaman bin Jusoh @ Harun / Awang Kechik bin Jusoh

Badarzaman bin Jusoh @ Harun

No. 130, Lorong I/S 17, Perkampungan Indera Sempurna,

Jalan Kuantan-Pekan,

25100 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Tel : 016-931 5103



 

Awang Kechik bin Jusoh

No. B45A, Lorong Kampung Jambu 1, Kampung Jambu,

26620 Pekan, Pahang Darul Makmur

Tel : 011-59791229

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768