Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

SELAMPIT

Selampit adalah penglipurlara, tersebar luas di negeri-negeri Perlis dan Kelantan. Selampit di Perlis menggunakan asap kemenyan, sementara yang di Kelantan menggunakan rebab sebagai muzik iringannya. Selampit mengembara dari sebuah kampung ke sebuah kampung untuk mempersembahkan cerita-ceritanya terutama di rumah yang ada kenduri perkahwinan. Lazimnya penglipurlara ini bercerita di balai atau di tengah-tengah rumah dikelilingi penonton. Ceritanya panjang, bersiri-siri dan bersambung-sambung untuk beberapa malam. Ketika bercerita kemenyan dibakar dan asap berkepul-kepul keluar di hadapannya. Tanpa asap kemenyan maka akan terputuslah ceritanya. Selampit bercerita sambil melakukan berbagai aksi seperti bersilat, menyanyi, berpantun dan mengubah nada suara serta bahasa seperti watak-watak dalam ceritanya dengan menggunakan bahasa berirama. Antara cerita tersebut ialah ‘Selindung Bulan Kedah Tua’, ‘Si Suton’, ‘Anak Rusa Nani’, ‘Malik Sipulazan’ dan Wan Empuk Wan Malini’. Cerita-cerita ini adalah satira rakyat yang tinggi nilainya. Di samping menghibur, cerita-cerita tersebut juga mengandungi pengajaran dan teladan yang baik kepada masyarakat.

Tokoh Selampit yang terakhir di Perlis iaitu Pak Ismail bin Hassan yang lahir pada tahun 1909 telah meninggal dunia pada tahun 1985 dan sehingga kini tiada pewaris mahupun pengganti. Namun, maklumat tentang Selampit tetap akan disimpan sebagai rujukan di masa - sama akan datang.



Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis

Kompleks JKKN Perlis,
Persiaran Wawasan Kangar,
01000 Kangar,
Perlis.
Tel : 04-979 3604

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768