Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

MUZIK MELAYU ASLI

Muzik Asli adalah muzik tradisional dan ianya melambangkan identiti masyarakat Melayu yang mengabungkan alat-alat muzik instrumen seperti rebana, violin, akordian, gong, flute, gitar akustik dan sebagainya dengan menghasilkan lagu-lagu berentak inang, zapin, joget, asli, masri, keroncong dan lagu terkini yang sesuai dengan instrumen muzik asli dan ianya tergolong dalam muzik sinkretik kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur instrumen alat muzik dan skala muzik barat dan timur.


Manakala untuk nyanyian lagu Melayu Asli dengan dasar bentuk liriknya yang menggunakan rangkap pantun Melayu bagi menyampaikan maksud dan kandungan lagunya. Walaupun kebanyakkan lagu Melayu Asli tidak diketahui penciptanya, namun karangan rangkap pantun kadang-kadang turut digubah semula oleh penyanyi yang menyampaikannya bagi menonjolkan keunikannya yang tersendiri dan ianya sangat dekat dengan jiwa dan hati budi Melayu jika dilihat dari segi penciptaan pantunnya yang sering dikaitkan dengan kesantunan budi.


Kumpulan Muzik asli biasanya lengkap dengan penyanyi lelaki atau perempuan yang mengalunkan lagu-lagu melayu mengikut iringian muzik yang dimainkan. Muzik Asli sering kedengaran di majlis-majlis kenduri kahwin dan temasya rakyat serta persembahan di pelbagai peringkat acara rasmi kerajaan dan swasta di dalam mahupun di luar Negara dan diminati oleh pelbagai lapisan golongan penonton bermula daripada rakyat biasa hinggalah kepada golongan Diraja. 

Persatuan Muzik Asli Gemala Sari Kuantan

Abd Razzak bin Abu Bakar (Pak Jak)

Persatuan Muzik Asli Gemala Sari Kuantan

d/a No. 15, Lorong Sungai Isap Perdana 30,                                                   

Perkampungan Sungai Isap,

25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur

Tel : 013-933 1124 / 013-931 8003

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768