Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

JOGET GAMELAN PAHANG

Kesenian gamelan atau dikenali sebagai juga “Joget Pahang” berasal dari Istana Kesultanan Riau-Lingga, Indonesia. Ianya telah dibawa masuk ke Istana Pahang sejak kurun ke-17 dimana pada 1811 telah berlangsung satu perkahwinan diraja diantara Wan Esah (adinda kepada Bendahara Tun Ali - Bendahara Pahang dari 1806-1857) dengan Tengku Hussain (putera sulung Sultan Mahmud Syah III - Sultan Riau-Lingga dari 1761-1812). Tarian yang ditarikan oleh kaum wanita sahaja ini mula diperkenalkan di Pahang sewaktu zaman pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah yang pertama yang ditabalkan pada 06 Ogos 1882 dan memerintah sehingga 09 Mei 1914. Tarian yang bersifat eklusif ini hanya dipersembahkan di Istana Pahang atas titah Sultan untuk majlis-majlis formal sewaktu ketika dahulu seperti:

  
                          i.  Istiadat Pertabalan Sultan.

ii. Majlis Sambutan Hari Keputeraan Sultan.

iii. Majlis Meraikan Tetamu Kehormat

iv. Majlis Perkahwinan Diraja dan lain-lain.


Penciptaan tarian gamelan mengambil unsur – unsur cerita cerita Panji, pergerakan kerja harian dan haiwan seperti ayam, burung, ketam dan sebagainya. Tarian-tarian gamelan ini mempunyai kisah-kisah yang tersendiri diantara pengisahan yang terdapat didalam persembahan tarian gamelan adalah seperti:


i.  Tarian Ayak-ayak - Mengisahkan dayang-dayang Istana yang begitu sibuk memasak dan menyediakan santapan buat seorang raja dimana menu utamanya adalah masakan berasaskan ayam.    

ii. Tarian Timang Burung - Mengisahkan Galoh Cendera    Kirana yang sedang berhibur hati dengan burung peliharaanya disaat ditinggalkan oleh kekasihnya Galoh Adi Kertapati.

iii. Tarian Lambang Sari - Mengisahkan seorang puteri yang turun dari kayangan mencari kekasihnya di tepi pantai. Sewaktu berada di pantai tersebut dia asyik memerhatikan para nelayan yang sedang membuat kerja.   

iv. Tarian Topeng - Mengisahkan penyamaran puteri-puteri sebagai dayang-dayang dalam permainan sembunyi muka.

v. Tarian Togok - Mengisahkan seekor burung bernama “Togok” yang pandai dan sering menari di ranting-ranting pokok. 

 

Selain lagu dan tarian, busana dan aksesori juga memainkan peranan penting pada lelakun (penari) agar lebih kelihatan menarik semasa tarian dipersembahkan. Kostum dan aksesori gamelan juga turut mengalami evolusi dengan ciptaan yang tersendiri mengikut era kegemilangannya seperti:


i. Berkemban  -

a)    Kain sehelai (diikat Tindih Kasih)

b)    Sabuk (selendang) selit didada dan dibawa ke belakang melalui kedua belah bahu.

c)    Sabuk (selendang) yang diselit pada pending.

d)    Gandek (penghias dahi).

e)    Cucuk Sanggul Goyang.

f)      Bunga.

g)    Bengkong.

h)    Pending.

 

ii. Baju Tanpa Lengan (perubahan di Istana Pahang) -

a. Baju

b. Kain Sarung (diikat Tindih Kasih)

c. Sabuk (selendang yang diselit pada

    Pending.

d. Gandek (penghias dahi).

e. Cucuk Sanggul Goyang.

f.  Bunga

g. Teratai (alas dada)

h. Bengkong.

i. Pending

 

iii. Baju Lengan Sekerat Siku (ciptaan Che Zubedah) -

 

a. Baju (broket sutera cina).

b. Kain Sarung Songket (diikat Lipat Pinjung/Ombak beralun kiri dan kanan).

c. Sabuk (selendang) yang diselit pada

    pending.

d. Gandek (penghias dahi).

e. Tajuk Asoka / Gerak Gempa (berupa

    pokok ufti emas).

f.  Cucuk Sanggul Goyang.

g. Gender (penghias depan telinga).

h. Bunga.

i.  Gayut Tengkuk.

j.  Dodot (cekak leher).

k. Teratai (alas dada).

l.  Bengkong.

m.  Pending.

n. Sarung Kaki.

 

Pada tahun 1913, satu lagi perkahwinan di raja berlangsung dimana melibatkan kesenian gamelan ini dipersembahkan. Perkahwinan gilang gemilang ini adalah di antara Tengku Mariam (seorang lagi puteri kepada Sultan Ahmad Muadzam Shah) dengan Tengku Sulaiman (putera Sultan Zainal Abidin Terengganu).

 


Setelah kemangkatan Sultan Ahmad Muadzam Shah pada tahun 1914, tiada pewaris takhta yang berminat mengenai kesenian gamelan lagi. Makanya isteri baginda, Che Zubedah mengambil keputusan berangkat ke Terengganu untuk menetap bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam. Berpindahnya Che Zubedah ke Terengganu dibawanya bersama set gamelan kepunyaannya bersama pemuzik dan penari. Maka gamelan mula berkembang di Terengganu. Atas minat yang mendalam Tengku Ampuan Mariam meneruskan aktiviti kesenian ini di Terengganu yang turut dinaungi oleh suaminya Sultan Sulaiman Alam Shah.

 

Pada tahun 1973 alat muzik gamelan yang dibawa ke Terengganu akhirnya dipulangkan semula ke negeri Pahang melalui pembelian kembali oleh Kerajaan Negeri Pahang dan diserahkan penjagaan kepada Muzium Abu Bakar yang terletak di Pekan, Pahang sehingga hari ini.  

Badarzaman bin Jusuh @ Harun

No. 130, Lorong I/S 17,

Perkampungan Indera Sempurna,

Jalan Kuantan-Pekan,

25100 Kuantan, Pahang 

Tel: 016-931 5103

 

 

Radiah Abdul Hamid

No. 149, Lorong Selamat 5

Kampong Selamat

25050 Kuantan, Pahang

Tel:   013-927 0537


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768