Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIAN BALAI

Tarian Balai diwarisi masyarakat Orang Asli etnik Semelai di Daerah Bera, Pahang. Dalam tarian ini terdapat beberapa buah lagu dan jenis tarian yang merujuk kepada sesuatu sambutan atau tujuan. Contohnya, seperti majlis keramaian, majlis kenduri kahwin, majlis berkhatan, juga yang bertujuan perubatan.

 

Tarian ini biasanya ditarikan di dalam rumah atau pondok dinamakan Balai yang tidak berdinding, hanya mempunyai lantai yang diperbuat daripada buluh. Tarian ini diketuai oleh Tok Poyang. Penari akan diiringi pukulan gong (tetawak) dan rebana. Pergerakan tariannya lemah lembut dan hampir sama cuma berbeza mengikut alunan lagu yang dinyanyikan. Antara lagu-lagu yang diyanyikan adalah bertajuk Burung Buai, Terung Tutup, Yoh Hitam, Bejenrai dan sebagainya. 

 

Sehingga kini tarian ini masih diwarisi semua peringkat umur masyarakat Orang Asli etnik Semelai di Kampung Orang Asli Bukit Gemuruh, Bera, Pahang.


Minah binti Loing

Perkampungan Orang Asli Bukit Gemuruh, (JAKOA Bera)

28200 Bera, Pahang Darul Makmur

Tel : 014-807 1963/ 019-748 0263


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768