Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIAN KELUNDANG

Tarian Kelundang adalah tarian selamat datang kepada pengunjung penempatan Orang Asli etnik Jakun di perkampungan Orang Asli Gumum, Tasik Chini, Pahang. Tarian ini mendapat nama daripada prop tarian tersebut iaitu batang pokok kelundang yang dipotong dan digantung pada ketinggian dua kaki, serta diketuk dan mengeluarkan bunyi sebagai muzik iringan.

 

Tarian ini yang daripada gerakan asas tarian Sewang disertai sekurang-kurangnya 15 orang termasuk penari, pemuzik dan penyanyi. Pola lantainya ringkas iaitu bulatan dan memanjang. Ketika persembahan penyanyi menyanyi dalam bahasa Jakun yang mengandungi pantun-pantun meraikan pengunjung dan menceritakan keindahan Tasik Chini. 


Nor Aishah Binti Abu Samah

SK Tasik Chini, (JAKOA Pekan)

26690 Chini, Pekan, Pahang Darul Makmur

Tel : 011-29366173



Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768