Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

MENORA

Pada dasarnya, Menora adalah persembahan drama tari tradisi masyarakat Siam di Malaysia khususnya di negeri-negeri Perlis, Kelantan dan Kedah. Ia merangkumi nyanyian, lakonan dan tarian. Ia juga mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan teater-teater tradisional Makyung, Mek Mulung dan Jikey. Kebanyakan 12 cerita yang dipersembahkan berunsurkan khayalan yang melibatkan dewa-dewa dan kayangan. Cerita-cerita ini mengandungi watak ‘Peran’ yang melakonkan adegan-adegan lucu. Menora juga mempunyai pengaruh elemen agama Buddha kerana suatu ketika dahulu teater tradisi ini adalah salah satu persembahan di kuil-kuil Buddha. Menora juga adalah sumber hiburan dan bagi tujuan ritual serta perubatan. Pada asalnya dipercayai terdapat 12 gerak tari dan posisi di dalam persembahan Menora. Namun, lama kelamaan gerak tari ini semakin hilang berikutan tindakan ketua-ketua Menora mencipta olahan gerak tari yang baru mengikut peredaran zaman dan menyesuaikannya dengan citarasa disamping mengekalkan ciri-ciri keasliannya. Antara tarian yang biasa dipersembahkan adalah Tarian Masuk, Tarian Burung Kenari, Tarian Penjuru Besar ataupun Gerak Tari Jalan Angsa, Tarian Penjuru Kecil ataupun Gerak Tari Gajah, dan Tarian Labah-Labah yang menganyam sarangnya. Tarian Masuk merujuk kepada gerak tari masuk gelanggang. Tarian Burung Kenari adalah hasil pengamatan dan peniruan pergerakan burung. Gerak Tari Pencak Besar adalah pergerakan jalan angsa sementara Gerak Tari Penjuru Kecil berdasarkan pergerakan posisi gajah. Gerak tari yang unik ialah Gerak Tari Labah-Labah yang menganyam sarangnya dan ini memerlukan stamina yang tinggi untuk dipersembahkan.






Persatuan Kebudayaan Siam Negeri Perlis

No. 63, Lorong Satu,
Rpa Chuping,
02500 Bukit Keteri,
Perlis
Tel : 012-494 2639 (Pin A/L Endin Klap)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768