Kuih Badak Kubang adalah makanan tradisi terutama di Daerah Chenor, Pahang. Sajian ini berbentuk bulat dan rasanya lemak manis. Kuih ini diperbuat daripada campuran tepung pulut hitam, kelapa parut, santan kelapa dan garam secukupnya. Bahan-bahan asas tersebut diletakkan di atas daun pisang yang dipotong bulat kecil yang kemudiannya diletak di dalam pinggan logam dan dikukus sehingga masak.
Kompleks JKKN Pahang,
Lot 57100, Jalan Tok Sisek,
25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Tel : 09-517 8466 Fax : 09-517 9466