Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

KERTUK ULU

Nama asal Kertuk Ulu ialah Gendang Batak dan dipercayai berasal dari Hulu Terengganu. Semasa pahlawan Pahang Mat Kilau menumpang di Hulu Terengganu, ketika menanam dan menunggu padi huma masak di Kampung Baong, Mat Kilau mengopek dan melorek beberapa batang buluh serta mencipta bunyi-bunyian daripada buluh-buluh tersebut untuk maksud menghambat burung.

 

Kertuk Ulu ini dikembangkan semula oleh Tuan Hj. Ali bin Ismail dengan bantuan penduduk kampung sekitar tahun 2002 setelah mendapat sokongan kerajaan.

 

Kertuk Ulu diperbuat daripada batang buluh sepanjang dua kaki, dilorek di tengahnya dan kelihatan seperti berlidah, serta dililit beberapa urat tali seperti kecapi atau anak umbang. Muziknya amat merdu bila dipetik menggunakan lidi buluh sepanjang sejengkal. Bunyi muzik ini seperti bunyi gitar bass dan paluan gendang.

 

Awalnya alat tersebut hanyalah dimainkan menggunakan irama gendang silat sahaja. Kini persembahannya merangkumi lagu-lagu popular yang telah digubah, biasanya daripada koleksi lagu-lagu popular Dikir Barat.

 

Busana persembahan bagi lelaki ialah Baju Melayu manakala kaum wanita berpakaian baju kurung Melayu sahaja. 

Encik Mohd Adam bin Isa (Mail)

No. 68, Kg. Baong,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

Tel : 014-823 9947

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768