Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

AWANG BATIL

Awang Batil ialah penglipurlara yang hanya terdapat di negeri Perlis. Mulanya ia dikenali dengan nama ‘Awang Belanga’ kerana menggunakan belanga sebagai muzik iringannya. Sebab belanga dipenuhi arang, maka ia digantikan dengan batil, yakni bekas air yang diperbuat daripada tembaga. Kerana itulah penglipurlara ini dipanggil ‘Awang Batil’. Dahulunya, Awang Batil mengembara dari sebuah kampung ke sebuah kampung dan dari sebuah rumah ke sebuah rumah, terutama di rumah yang mengadakan kenduri perkahwinan, untuk mempersembahkan cerita-ceritanya. Awang Batil mempusakai banyak cerita rakyat. Sesebuah cerita adalah bersiri-siri dan bersambung-sambung sehingga berlanjutan ke beberapa malam. Elemen jenaka diselitkan dalam penceritaannya sambil memukul batil menggunakan jari jemari. Pada babak tertentu Awang Batil memakai topeng bagi menceritakan watak 'Hulubalang' atau 'Ahli Nujum'. Topeng diperbuat daripada kayu yang biasanya dicat merah dan putih. Di rumah yang mengadakan kenduri perkahwinan Awang Batil membuat persembahan di pondok kecil yang tingginya tiga hingga empat meter. Penonton duduk mengelilingi pondok tersebut mengikuti ceritanya dengan ketawa keriangan.


Romli Mahmud

Kampung Pokok Sena,
02500 Chuping,
Perlis
Tel : 016-492 8879

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768