Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

SILAT KURA

Pada zaman dahulu sekitar awal abad ke-19, didepan sebuah gua di Hulu Paka, Terengganu, muncul dua ekor kura-kura iaitu seekor ibu dan seekor anaknya yang mana dikatakan telah dipandang oleh seorang insan yang bernama Allahyarham Tok Ibrahim Hussin. Melihatkan pergerakan kedua-dua kura-kura ini, maka timbullah ilham beliau mencipta gerak sini silat warisan yang amat tersohor di Terengganu sehingga kini. Asalnya persembahan seni silat kura-kura ini dimainkan ditempat berpasir sama ada di tepi sungai atau di tepi pantai. Dahulunya, seikat pisang akan digantung ditempat persembahan. Gelagat ingin merebut pisang tersebut dengan pelbagai aksi gerakan siku lengan, lenggok kepala dan muncung mulut merebut pisang itu menjadikan persembahan tersebut melucukan. Satu-satunya murid yang dikesan telah mempelajari seni silat ini sejak 60 tahun yang lalu (rekod kajian:2004) ialah Yunus Mamat atau lebih dikenali dengan nama Pak Noh. Selama itulah, Pak Noh bersama beberapa orang sahabatnya terus bersilat di mana-mana majlis yang dijemupt disamping memberi latihan kepada generasi muda di sekitar Kampung Matang,  Kampung Menerong di Hulu Terengganu. Menariknya juga apabila rekaan baju kumpulan silat ini berbentuk seperti kulit cengkerang kura-kura. Persembahan seni silat ini pula menampilkan adegan mencuit hati setiap khalayak yang menyaksikan persembahannya kerana meniru gaya dan tingkah laku seekor kura-kura. Setiap satu regu terdiri dari dua orang dan masa persembahan satu-satu regu mengambil sekitar 15 hingga 20 minit.

Tuan Haji Amran Bin Ahmad

Setiausaha MKD Hulu Terengganu

Pejabat Haiwan Daerah Hulu Terengganu

21700 Kuala Berang, Terengganu

Tel : 019-9824799


Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768