Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

RODAT

Rodat amat popular dalam kalangan masyarakat di negeri Terengganu dengan kemuncaknya pada sekitar tahun-tahun 1950an hinggalah awal tahun 1970an.

 

“Rodat” bermaksud seni nyanyian Arab dengan iringan rebana “tar”. Ada berpendapat kesenian ini telah dibawa ke rantau ini dari Timur Tengah melalui aktiviti perniagaan dan perdagangan kira-kira seabad yang lalu. Setibanya mereka di Teluk Terengganu, anak-anak kapal berkumpul sambil menyanyi diiringi alat muzik dipanggil ‘tar’. Alunan lagu, suara yang lunak berserta bunyi alat muzik tersebut menarik minat penduduk tempatan.

 

Saiz tar lebih kecil sedikit daripada rebana hadrah, diperbuat daripada kayu leban, manakala pada permukaan yang dipalu daripada kulit kerbau. Di sekeliling bingkainya terdapat tiga kepingan tembaga iaitu kerincing atau caping yang turut menghasilkan bunyi.

 

Rodat biasanya dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian antaranya perkahwinan, sambut menantu, berkhatan, bertindik, dan sambut tahun baru.

 

Dahulunya Rodat dimainkan di atas tilam di dalam rumah sahaja. Pelenggok atau disebut Awak Dayong hanyalah penari-penari lelaki, biasanya seramai 12 sahaja, yang duduk atau berdiri sebaris tanpa alat muzik, berhadapan pengadi yang bermain tar. Pada era tahun-tahun 1950an Rodat dipopularkan dengan penampilan penyanyi dan penari wanita seramai lima orang dipanggil Mak Inang.

 

Keunikan Rodat ialah pada persembahan dan mesej, serta diperkuatkan lagi dengan unsur-unsur Islam yang merakamkan pujian kepada Allah dan kisah sejarah para rasul. Dikatakan terdapat antara 50 hingga 60 buah lagu, namun yang masih popular adalah seperti berikut:

 

Ya Hayyum Ya Qayyum

(Nama-nama Tuhan yang menghidupkan)

 

Allah La illaha illallah

(Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah)

 

La illaha illa Ya Karim

(Tidak ada Tuhan melainkan Engkau)

 

Ya Rasul Ya Rasulullah

(Wahai Rasul, wahai pesuruh Allah)

 

Zikri Nabi Al-Mukhtar

(Nabi yang terpuji)

 

Sillatullah

            (Hubungan dengan Tuhan)


Razak Senik (Pok Jak)

No. 1591 B, Kampung Surau Panjang,
Atas Tol 21070, Kuala Terengganu,

Terengganu.

Tel : 017-9304494




Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768