Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIAN YA ABANG

Tarian Ya Abang disebut juga Yaa Abang, terkenal di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu. Pada asalnya ia tarian pemujaan bagi upacara mengembalikan semangat orang yang sakit dan menaikkan semangat seseorang individu. Namun, pada hari ini tarian ini hanya untuk tujuan persembahan dan hiburan sahaja.

 

Kononnya tarian ini bermula daripada kisah persahabatan antara Batin Mina dan Mat Kemaman. Batin Mina dilanda ribut yang dahsyat dan tidak berupaya menghadapinya lalu diselamatkan oleh Mat Kemaman. Batin Mina amat terhutang budi pada Mat Kemaman lalu mengaku beliau sebagai abang kandung sendiri. Demi membuktikan kata-katanya Batin Mina sanggup meminum air daripada kain perca Mat Kemaman. Justeru, tarian ini dikatakan sebagai tanda ingatan terhadap perhubungan yang akrab tersebut.

 

Tarian ini ringkas sahaja dan tidak mempunyai banyak ragam. Bilangan penari tidak terhad dan penonton juga boleh menyertai. Tarian ini juga diiringi dengan lagu-lagu oleh sepasang pemantun lelaki dan perempuan.

 

Peralatan muzik adalah gendang anak, gendang ibu serta gong. Para penari perempuah memakai baju kurung dan selendang, manakala bagi penari lelaki pula adalah kain batik dan baju-T biasa sahaja.


Siti Hajar binti Mohd Nor

Kampung Pulau Perhentian,
Besut,
Terengganu Darul Iman.

Tel : +6019- 9280257

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768