Tarian Gamelan Terengganu bermula sejak zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III iaitu semasa perkahwinan baginda dengan Tengku Long, puteri sulung Sultan Ahmad Pahang pada 4 November 1885. Oleh kerana minat, Sultan Zainal Abidin meminjam dari Lingga satu set peralatan muzik gamelan bersama pemain-pemainnya kecuali penari-penari. Persembahan gamelan di Istana Terengganu ialah pada tahun 1892 semasa perkahwinan puteri baginda Tengku Jebah dengan putera saudaranya Tengku Kecil Besar Riau.
Tradisi gamelan ini mencapai kegemilangannya dalam zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah apabila baginda berkahwin dengan Tengku Ampuan Mariam, puteri Sultan Ahmad Pahang pada tahun 1913. Semasa di Negeri Terengganu Tengku Ampuan Mariam sendiri yang mereka cipta aspek pakaian atau gerak tari. Tuanku Sultan Sulaiman pula mengetuai kumpulan muzik.
Asalnya Tarian Gamelan hanya boleh dipersembahkan dalam istana dan hanya disertai oleh empat orang penari sahaja. Bila tarian ini dihidupkan kembali selepas tahun 1960an, ia boleh dinikmati dalam pelbagai majlis terutamanya melibatkan sambutan terhadap kerabat diraja atau pembesar negeri. Jumlah penari juga bertambah sehingga lapan orang mengikut kesesuaian tempat.
Terdapat 14 tarian yang masih ditarikan sehingga kini seperti berikut:
1) Timang Burung
2) Lambang Sari
3) Ayak-Ayak
4) Geliong
5) Selang Arak
6) Togok
7) Anom/ Nongga
8) Ketam Renjong
9) Lantai Lima
10) Topeng
11) Lancang Kuning
12) Ketawang
13) Timang Inu
14) Tambang Sawit (Mengebeng)
Tarian-tarian ini
diiringi ensemble Gamelan Melayu yang biasanya terdiri daripada alatan jenis metallaphone
yakni saron, keromong/bonang dan kenong, serta gambang, gendang dan gong agong.
Tuan Haji Rozali Embong
Setiausaha
Majlis Kebudayaan Daerah Besut
Balai Budaya, JKR 17
Jalan Tengku Long
22200 Besut, Terengganu
Tel : 019-9063639
Wan Salmah Wan Sulaiman
No. 3373, Kampung Mengabang Tengah,
Batu Buruk,
20400 Kuala Terengganu.
Tel : 019-9604044/010-9194656