Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

ULIK MAYANG

Ulik Mayang berasal dari negeri Terengganu dan dikatakan bermula ratusan tahun dahulu. Lagenda menyatakan sekumpulan nelayan telah dilanda ribut di laut sehingga mereka tercampak ke lautan yang bergelora. Mereka dihanyutkan ke pantai, namun salah seorang masih tidak sedarkan diri. Mereka percaya bahawa jasadnya ada di sini tapi jiwanya terperangkap di alam lain. Bomoh dipanggil bagi memberi bantuan.

 

Bomoh bertarung dengan enam orang adik beradik puteri bunian sehingga puteri sulung muncul. Bomoh merayu kepada puteri sulung agar dipulangkan semangat nelayan tersebut. Puteri sulung kemudian memerintahkan agar pertarungan itu dihentikan. Beliau berkata, “Aku tahu asal-usulmu. Biarkan yang laut pulang ke laut, dan yang darat pulang ke darat.” Nelayan itu kemudian sedar. Sebagai tanda terima kasih bomoh menyerahkan nasi bewarna kepada puteri-puteri bunian.

 

Kini, upacara Ulik Mayang diubah kepada nyanyian setelah kedatangan Islam dan hanya ditarikan sebagai hiburan tanpa memasukkan mantera dan jampi.  

 

Tarian Ulik Mayang telah direka oleh Abdul Aziz Sulaiman bersama Mazlan Embong pada tahun 1971. Gerak tari berasaskan visualisasi akan pemikiran bomoh serta wujudnya penjelmaan tuan puteri tujuh beradik. Lagu dan melodinya juga diubah sedikit demi sedikit untuk diperindahkan lagi, seperti berikut:

 

“Umbuk… mayang diumbuk

Umbuk dengan jala jemala

Nak ulik mayang diulik

Ulik dengan puteri…tuannya puteri.”

 

Antara alat muziknya adalah gendang ibu, gendang anak, gong, dan serunai yang boleh digantikan dengan seruling.


Hafsah Khatib Jusoh

(penyanyi asal Ulik Mayang - the original Ulik Mayang singer)

Blok A3/6, Flat Kampung Kolam

Jalan Sultan Sulaiman

20000 Kuala Terengganu

Terengganu

Tel:  011-7854562

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768