Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIAN SABA'

Tarian Saba’ bermula daripada sepohon pokok kelapa muda yang diukir. Ia dipercayai dimulakan oleh bomoh wanita bernama Che Mek Comot lebih kurang pada tahun 1718.


Asalnya tarian ini digunakan untuk acara perubatan dan dilakukan pada waktu malam sahaja yang boleh mencapai sehingga tiga malam. Sebelum persembahan dilakukan pemujaan atau upacara memanggil dewa supaya proses perubatan atau rawatan berjalan lancar.

 

Kini tarian ini tidak dimainkan seperti dahulu setelah masyarakat menerima kedatangan agama Islam. Bentuk persembahannya juga diubah sedikit demi sedikit, tiada lagi acara yang melibatkan pemujaan atau berunsur syirik. Terdapat juga penari yang turut serta yang bilangan mereka tidak terikat jumlahnya.

 


Che Wan Noorsaidi Che Wan Abdul Rahman (Mok Zah)

Kampung Surau Kuala Jengal,
23000 Dungun, Terengganu.

Tel : 019-953 8661/ 019-900 8491 

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768