Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TEATER TRADISIONAL MAKYONG

Makyong ialah satu Taridra Melayu yang begitu unik dan halus sifatnya. Ia adalah satu kombinasi unsur tarian, muzik, drama, dan komedi yang dipentaskan secara teater keliling. Ia dipercayai telah lahir di Istana Melayu Pattani kira-kira lebih 400 tahun yang lampau dan kemudiannya tersebar ke negeri timur Semenanjung Malaysia. Asalnya perkataan Makyong tidaklah dapat dipastikan. Besar kemungkinan berasal dari satu upacara pemujaan roh-roh; dan Mak Hiang atau Roh Ibu yang juga Roh Padi. Ramai pengkaji sepakat mendakwa Makyong berasal dari Pattani atau beberapa buah negeri lain termasuklah Kelantan. Ada pendapat menyatakan Makyong berasal dari Setiu kerana sebelum ini ia merupakan sebahagian dari wilayah negeri Kelantan. Di situ masih terdapat kawasan popular dalam setiap pementasan Makyong seperti Bendang Padi Raja, Batas Besar, sebuah telaga dan padang luas saujana mata memandang. Kawasan tersebut telah dimenangi oleh Raja Temenggong dari Raja Kelantan dalam pertaruhan sabung ayam. Raja Kelantan yang telah tewas telah pergi penuh kehampaan dan membawa bersamanya lagu–lagu Makyong. Asalnya permulaan persembahan Makyong, seorang bomoh bertindak sebagai pawang atau orang perantaraan akan hadir. Bagaimanapun, ia telah berubah mengikut peredaran zaman. Ada 12 cerita utama dalam Makyong; antaranya termasuklah Dewa Muda, Dewa Pencil, Dewa Sakti, Dewa Panah, Raja Indera Indera Dewa, Endeng Tejeli (Anak Raja Gondang, Batak Raja Gondang, Raja Bongsu Sakti), Raja Tangkai Hati, Gading Bertimang, Raja Muda Lakleng, Raja Muda Lembek, Raja Besar Dalam Negeri Ho, Gading dan Bentara Muda. Mak Yong telah diiktiraf sebagai A Masterpiece of the Oral and Intangible Heritage of Humanity rakyat Malaysia oleh UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) pada 25 November 2005. 

Setiausaha MKD Besut

Balai Budaya, JKR 17, jalan Tengku Long,
22200 Besut, Terengganu.

Tel : 013-9333639

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768