Kumpulan ini diketuai oleh Mohd Yasim Haji Yaacob. Beliau dilahirkan pada 02 Januari 1955 kini berusia 60 tahun dan merupakan Pengerusi Kumpulan Pemuzik Irama Rakyat Kelantan yang ditubuhkan awal tahun 2004 dengan nombor pendaftaran: 0800-07-KEL. Keistimewaan kumpulan ini kerana ia menampilkan kumpulan yang dibarisi pemain muzik dari pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan Siam serta menggunakan alat muzik dari bahan terbuang seperti tempayan, guri, periuk belanga, tong cat, tong sampah, pelita ayam, selipar jepun dan lain-lain. Kumpulan ini banyak menampilkan lagu-lagu nostalgia seperti Irama Lagu Rakyat, Lagu-lagu Tradisional, Permainan Rakyat, Permainan Tradisional di samping dapat mengekalkan dan memartabatkan seni warisan nenek moyang kita sejak zaman-berzaman.
PT.527, Taman Sri Mahang
Kok Lanas,
16450 Kota Bharu,Kelantan
Tel : 013-954 7217