Tarian Asyik yang dipersembahkan di istana raja-raja Kelantan dan Pattani, Selatan Thai adalah tarian klasik yang berasal dari Kelantan. Biasanya tarian ini dipersembahkan di hadapan raja dan permaisuri. Tarian ini berasal daripada kisah seorang raja yang memelihara seekor burung. Burung kesayangan tersebut terlepas. Setelah sekian lama menunggu dan burung tersebut tidak kembali lalu raja memerintah agar mencipta gerak tari seakan menyerupai gerak-geri burung kesayangannya itu. Busana tarian adalah berkain kemban dengan tali pinggang dan mahkota kecil. Gerak tari utama terdiri daripada duduk bersimpuh dengan pergerakan yang membayangkan ‘seekor burung’, ‘ombak laut’, dan ‘gajah beranak’. Kini, terdapat perubahan dalam tarian ini iaitu penari berpakaian penuh bertutup, dan daripada duduk bersimpuh kepada posisi badan yang sedikit bangun.
864 U , Jln. Padang Penjara,
Cabang 3 Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu . Kelantan.
Tel : 019-937 9523 (Ruhani Mohd Zin)