Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TARIAN ZAPIN SALOR

Zapin adalah tarian Melayu yang berasaskan kesenian Arab-Parsi yang telah disesuaikan dengan kesenian Melayu. Zapin bermaksud ‘gerak kaki’ daripada perkataan ‘al-Zafin’. Gerak tarinya berasaskan gerak kaki penari-penarinya. Zapin Salor berasal dari Parsi dibawa oleh Sheikh Muhammad dan diketengahkan oleh Tengku Mahmud pada ketika dahulu. Gerak tarinya berbeza sedikit daripada zapin-zapin di Johor. Zapin Salor hanya mempunyai empat pergerakan iaitu ‘siku keluar’, ‘semerah’, ‘gelambang’ dan ‘wainab’ atau ‘Mokwan Jenab’. Dahulunya zapin ini tidak begitu popular kerana pergerakan yang terlalu perlahan. Kini zapin ini mula diminati kerana telah diolah menjadi lebih tangkas dan ditarikan oleh penari lelaki sahaja.


Muhammad Razali Cik Hamid

Simpang 3, Kampung Kelewet Tanah Merah,
17500 Tanah Merah, Kelantan.

Tel : 014-5457 203

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768