Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

TEATER TRADISIONAL MAKYONG

Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis teater Melayu traditional. Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik, vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Terengganu , Pattani, Kelantan, Kedah, Perlis serta di Kepulauan Riau - Indonesia. Makyong dipersembahkan sebagai hIburan dan juga sebagai cara perubatan. Makyong dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam lagi. Ia dipentaskan sebagai pementasan diraja di bawah naungan Kesultanan Kelantan sehingga 1920-an. Dengan itu, tradisi ini dikekalkan dalam bentuk asal tanpa meninggalkan peningkatan yang terdapat di istana seperti pakaian yang dihias cantik. Persembahan Makyong biasanya dIbuka dengan lagu "Mengadap Rebab" diikuti dengan tarian, lakonan dan muzik. Setiap satu cerita mampu dipersembahkan merentasi beberapa amalan dalam durasi tiga jam. Dalam persembahan tradisi di kampung, ia dilakukan di panggung terbuka yang berlatarkan daun kelapa. Penonton akan duduk di tiga sisi panggung, sisi yang keempat dikhaskan bagi orkestra yang terdiri daripada pemain rebab, gendang kepala dua dan tetawak. Kebanyakan peranan dilakukan oleh wanita dan ceritanya berasaskan cerita rakyat tradisi dengan watak raja, dewa dan pelawak. Makyong dikaitkan dengan upacara di mana pawang cuba menyembuhkan pesakit yang dirasuk melalui nyanyian, tarian bersawai dan menurun.



Puan Ruhani Mohd Zin

864 U , Jln. Padang Penjara,
Cabang 3 Pengkalan Chepa,
16100 Kota Bharu . Kelantan.

Tel : 019-937 9523

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768