Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

WAYANG KULIT

Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan cahaya dan bayang. Ada pendapat menyatakan Wayang Kulit berasal dari Jawa, dan ada juga mengatakannya berasal dari Pattani. Namun, ia telah menjadi teater tradisi bagi masyarakat melayu sejak berzaman lagi. Persembahan Wayang Kulit diketuai oleh Tok Dalang yang akan menggerak-gerakkan patung-patung yang diukir dari kulit (belulang) lembu berdasarkan watak-watak tertentu. Patung-patung tersebut akan ditayang di belakang kelir atau kain putih melalui suluhan cahaya samada dari gaslin atau mentol yang tergantung. Kehebatan Tok Dalang juga ialah boleh menuturkan pelbagai gaya suara mengikut watak-watak yang ada dalam setiap persembahannya. Persembahan Tok Dalang akan dibantu oleh kumpulan muzik yang terdiri dari tujuh hingga lapan pemain, terdiri dari pemain alatan seperti sepasang gong, sepasang geduk, gedombak,serunai, canang dan kesi. Pada umumnya, cerita yang dimainkan dipetik daripada koleksi cerita epic Ramayana dan Mahabrata. Watak-watak popularnya ialah Seri Rama, Siti Dewi, Wak Long, Pak Dogol dan Hanuman. Persembahan biasanya diadakan pada waktu malam. Peranannya suatu masa dahulu seperti Televisyen pada hari ini. Ia adalah hiburan malam yang mengasyikkan. Peranannya kian berkurangan setelah kemunculan Televisyen yang mempunyai pelbagai siaran menarik. Tokoh-tokoh pengiatnya juga kian dipandang sepi oleh masyarakat. Sesekali Tok Dalang akan kembali ke pentas dan kelirnya apabila ada permintaan menghiasi program kebudayaan anjuran kerajaan.


Encik Che Isa Che Omar

Kampung Kebakat, 16250 Wakaf Bharu , Kelantan.

Tel : 014-532618

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768