Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

BUTIR NANGKA

Kuih Butir Nangka, dikenali juga Pengat Butir Nangka, adalah kuih tradisional yang popular di Kelantan dan Terengganu. Kuih ini digelar sedemikian kerana bentuknya yang bulat dan saiznya seperti butir buah nangka. Sajian ini berkuah dan rasa yang berlemak.

Untuk menyediakan kuih ini sebatikan sedikit air, sedikit kapur makan, secubit garam serta pewarna hijau daripada daun pandan yang dikisar, atau pewarna lain. Kemudian masukkan tepung beras pulut sedikit demi sedikit, digaul hingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tapak tangan. Ambil sedikit doh dan bentukkan menjadi bujur atau bulat. Masukkan doh yang telah dibentuk ke dalam air yang mendidih dan angkat apabila kuih timbul kemudian masukkan ke dalam bekas yang berisi air.

Untuk kuahnya didihkan santan, halba, garam, gula melaka atau 'nisan' dalam dialek Kelantan, dan sedikit tepung beras. Adunan ini mesti sentiasa dikacau agar kuahnya tidak berketul. Masukkan kuih tadi yng telah dibuang airnya, biarkan seketika dan sedia untuk dihidang.


BAHAN-BAHAN


½ kg tepung pulut

6 cawan santan

2 cawan gula

1 sudu teh halba

Kapur (secubit untuk uli tepung)

2 helai daun pandan

2 cawan air-lebih kurang

 

 

CARA MEMBUATNYA

 

1.   Debu pulut digaul bersama air dan sedikit air kapur.

2.   Uli biar ianya betul-betul sebati (jangan keras dan jangan lembut).

3.   Apabila tepung tadi sudah sebati, mula-mula bulatkan sebesar ibu jari. Selepas itu, bujurkan tepung tadi (daripada bulat dijadikan bujur berbentuk biji nangka).

4.   Apabila semuanya selesai, jerang air sehingga mendidih.

5.   Masukkan biji nangka tadi ke dalam air. Kemudian bila ianya nampak terapung bolehlah diangkat dan dimasukkan ke dalam air sejuk.

 

 

PENYEDIAAN KUAH

 

1.   Masukkan santan, gula, daun pandan, dan halba ke dalam periuk. Biarkan kuah itu betul-betul masak.

2.   Toskan biji nangka tadi dan barulah dimasukkan ke dalam kuah.

3.   Kemudian angkat jangan lama-lama nanti kembang.  


 

 

JKKN KELANTAN

Kompleks JKKN Kelantan,
Lot 1993, Seksyen 49, Tanjong Chat,
15200 Kota Bahru, Kelantan Darul Naim.
Tel : 09-741 7000 Faks : 09-741 7004

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768