Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

WEK JONGAN

Wek jongan merupakan tarian etnik bagi masyarakat selakau/lara yang penempatan mereka di daerah Lundu-Sematan. Ia melambangkan tarian wahyu dan mukjizat. Berdasarkan legenda, terdapat seorang gadis bernama Jongan. Pada suatu hari, bapanya telah terkena penyakit yang tidak boleh diubati dan terus mati serta meninggalkan seorang isteri. Setelah ayahnya meninggal dunia, ibunya berasa sangat sedih dan kesepian dan beliau banyak meluangkan masa d perkuburan suaminya. Lantaran itu, ibu Jongan juga telah jatuh sakit dan meninggal dunia. Oleh itu, Jongan menjadi yatim piatu dan hidup dalam kesepian serta sengsara. Suatu hari, semasa melawat kubur ibunya, Jongan jatuh dan tidak sedarkan diri. Semasa dalam keadaan tidak sedarkan diri, beliau bermimpi dihiburkan oleh ibunya dengan menyanyi dan juga menari. Apabila sedar semula, dia sangat gembira dan pulang ke kampung. Kemudian dia mengajar rakyat di kampung bagaimana untuk menyanyi dan menari. Dari hari itu, dan seterusnya tarian itu dipanggil Wek Jongan.

Encik Mohd Isa Edi Bin Abdul Wahab

Kumpulan Kebudayan Ko-Kurikulum (Kumpulan Rumpun Seni) Uitm Sarawak
Universiti Teknologi Mara Cawangan Sarawak
Jalan Meranek
94300 Kota Samarahan, Sarawak
Tel : 016-8998230 / 082-677200)

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768