Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

GENDANG TERINAI

Gendang Terinai adalah muzik tradisional negeri Perlis yang mula dikenali sebagai ‘Gendang Keling’ berdasarkan kesenian kaum India, kerana pengaruh bentuk gendang India yang panjang dan serunainya semenjak kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu. Pada tahun 1974, sempena Pertandingan Tarian Terinai, Menteri Besar Perlis ketika itu Allahyarham Dato’ Jaafar Hasan mengumumkan pertukaran nama ‘Gendang Keling’ kepada ‘Gendang Terinai’, kerana muzik ini digunakan untuk persembahan Tarian Terinai. Kesenian ini begitu popular suatu ketika dahulu dalam kalangan rakyat hingga ke istana. Ia masih diminati ramai khususnya dipersembahkan dalam majlis-majlis perkahwinan dan keramaian. Kini ia menjadi muzik rasmi di istana sempena menyambut pertabalan Raja dan hari ulang tahun keputeraan Raja Perlis. Kumpulan muzik lazimnya terdiri daripada empat orang iaitu dua orang pemukul gendang panjang (‘gendang pengibu’ dan ‘gendang penganak’), seorang meniup serunai dan seorang memukul dua biji gong, ‘gong jantan’ dan ‘gong betina’. Lagu-lagu yang sering dipersembahkan adalah lagu-lagu Melayu asli seperti ‘Mula Pasang’, ‘Kutip Siput’, ‘Gong Panjang’, ‘Kucing Berlaga’, ‘Anak Tiung’, ‘Cinta Sayang’ dan ‘Terinai’.


Kumpulan Terinai Seri Budaya

Kampung Tok Kuning,
Marhum Kayang,
01000 Kangar, Perlis.
Tel : 019-597 4765 (Amil Senapi) 

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768