Hubungi Kami

Pemetaan Budaya

EN BM

ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM ORANG ULU: SUKU KELABIT: ADAT MENYAMBUT TETAMU ATAU PAHLAWAN

PENGENALAN

Suku Kelabit beragama Kristian serta tinggal di rumah panjang di pergunungan dan sesetengahnya di Brunei. Mereka mempunyai perkaitan yang hampir sama dengan suku Lun Bawang serta mengamalkan pertanian tradisional.

Adat menyambut tetamu atau pahlawan dilaksana dalam beberapa peringkat, iaitu:

MENGHIDANG JUS NANAS

Jus nanas dihidangkan kepada tetamu di pintu utama sebelum memasuki rumah panjang, bertujuan untuk menghilangkan dahaga setelah penat berjalan.

2.MENYANYI PETABI MEDTING ATAU SELAMAT DATANG

Selepas minum jus nanas tetamu didendangkan dengan lagu selamat datang sebelum dibawa masuk ke ruang tamu. Dendangan ini berujuan menghargai tetamu yang dianggap membawa tuah dan rezeki.

3. MEMUKUL TUBONG

Acara memukul tubong dipersembahkan untuk mengiringi tetamu dari pintu utama ke tawa (ruang tamu).

4. MENARI TARIAN ARANG KADANG, ARANG DECUR DAN ARANG DELAI

Arang Kadang ditarikan secara beramai dalam satu barisan panjang di hadapan para tetamu. Tarian solo wanita Arang Decur dan tarian solo lelaki Arang Delai dipersembahkan untuk menghiburkan para tetamu yang datang. Kemudian tetamu dipilih secara rawak untuk menari bersama mengikut rentak tari yang telah dipersembahkan.

5. MENYANYI LAGU TUTU UDAN NA PERAH

Lagu ini dinyanyikan beramai-ramai oleh kaum wanita sementara jus nanas disediakan di hadapan tetamu. Biasanya seorang tetamu dilayan seorang wanita sambil memegang segelas jus nanas. Setiap tetamu diberikan jus ini untuk diminum sampai habis sebaik sahaja lagu ini selesai dinyanyikan.


6. MENJAMU HIDANGAN

Selesai menyanyi tetamu dijemput menikmati hidangan yang jenisnya mengikut masa kedatangan mereka ke rumah panjang.
7. BERMAIN PERMAINAN TRADISIONAL

Semasa tetamu menikmati hidangan beberapa permainan tradisional dimainkan seperti raut nekab tising (mencari cincin), ngurad bigan (pusing piring), dan upun aluh (lompat buluh).

Dahulunya permainan-permainan ini dimainkan sebagai medium bersosial antara lelaki dan wanita. Melalui permainan-permainan tersebut mereka dapat berinteraksi secara dekat.

8. MEMPERSEMBAH MEKASUR

Tuan rumah membuat persembahan mekasur apabila tetamu berhasrat untuk pulang atau berehat. Peserta persembahan berbaris dalam satu barisan panjang dari tawa ke pintu utama rumah panjang.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak

Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, Sarawak
Tel : 082-422006 / 082-423106
Fax : 082-244394

Penafian:

Pihak Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. Hakcipta Terpelihara © 2020 Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas & Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768