Turali memegang peranan yang penting dalam satu-satu suasana kehidupan dan kematian di kalangan suku kaum Dusun/ Kadazan di sekitar pergunungan atau lembah Kinabalu seperti Ranau, Tambunan, Keningau dan lain-lain daerah yang berdekatan. Turali diperbuat daripada buluh jenis sumbiling yang banyak terdapat di daerah-daerah tersebut, iaitu daerah-daerah di mana turali didapati. Ukuran panjang Turali ialah seruas buluh sumbiling yang kira-kira 30 cm atau satu kaki dan mempunyai tujuh lubang. Setiap lubang mempunyai bunyi yang berbeza-beza. Keunikan alat muzik Turali ini dimainkan dengan menggunakan hembusan melalui hidung. Apabila kesemua lubang ditutup ketika meniup, maka not yang dihasilkan ialah not paling rendah. Irama atau lagu dibentuk mengikut kemahiran seseorang dengan cara menutup dan membuka di antara ketujuh tujuh lubang yang dinyatakan. Lazimnya, Turali dimainkan ketika masyarakat etnik KadazanDusun menghadapi mala petala seperti kematian. Etnik Rungus di Kudat dan etnik Lundayeh di Sipitang juga merupakan alat Muzik yang digunapakai di masa-masa menyambut ketibaan tetamu undangan di majlis majlis keramaian.
Kompleks JKKN Sabah
KM.4, Jalan Penampang
88200 Kota Kinabalu
Tel : 088-237 052/051