Tarian Sumaranum merupakan tarian tradisi bagi kaum Iranum di Kota Belud. Tarian ini ditarikan secara beramai-ramai demi memastikan sesuatu majlis lebih berseri dan biasanya dipersembahkan pada majlis perkahwinan. Sebelum tarian ini ditarikan, ajong harus disediakan terlebih dahulu. Ajong ini mempunyai tujuh warna pada bendera kecil yang dipacakkan pada suatu tempat di tengah-tengah kawasan. Para penari Sumaranum akan mengelilingi ajong ini. Tarian ini ditarikan secara berpasangan. Adakalanya, melalui tarian ini, kaum ini bertemu jodoh dan ini menyebabkan tarian ini juga dinamakan sebagai tarian perpaduan. Pakaian bagi tarian ini ialah sinabala, malboro, mandapon, bobotolan, mahkota dan lain-lain lagi. Alat muzik yang digunakan dalam tarian ini ialah gong, bebandil atau canang, gendang, bamboo atau debak dan kulintangan.
Kompleks JKKN Sabah,
KM.4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu.
Tel : 088-237 052/051