Dayang Sulu Sulampid juga merupakan sejenis tarian tradisional bagi suku kaum Iranum yang amat popular. Tarian ini biasanya ditarikan pada waktu malam semasa bulan mengambang, iaitu ketika orang Iranum berehat setelah berpenat lelah bekerja pada waktu siang. Dayang Sulu Sulampid juga ditarikan untuk meraikan orang kenamaan atau menyambut bayi yang baru lahir. Tarian ini disertai dengan alat muzik biola dan nyanyian pantun. Lagu-lagu yang dinyanyikan menggunakan bahasa Iranum dan lazimnya pantun-pantun yang dipantunkan mengaitkan tentang kelahiran anak yang baru lahir. Penari lelaki dalam tarian ini memakai malboro, tanjak, mendapon dan bobotolan. Penari wanita pula memakai sinisip, malboro, mendapon dan bobotolan.
Kompleks JKKN Sabah,
KM.4, Jalan Penampang,
88200 Kota Kinabalu.
Tel : 088-237 052/051